Secara kontras berbanding dengan pantai utara dan timur, yang dicirikan oleh tebing curam dan bergunung-ganang, pantai barat Taiwan kebanyakannya adalah rata. Jajaran pantai dari Taipei di utara sehingga ke Kaohsiung di selatan telah mengalami perindustrian yang hebat, tetapi terdapat beberapa kawasan yang dikhaskan sebagai habitat semulajadi untuk hidupan liar termasuk burung-burung penghijrah dan lain-lain penghuni pesisir pantai. Demi untuk melindungi habitat-habitat berharga ini dan untuk mewujudkan sebuah kawasan rekreasi untuk pelawat pada masa yang sama, sebuah kawasan pemandangan indah kebangsaan yang baru telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2003, yang ditadbir oleh Biro Pelancongan ROC. Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Pantai Barat Daya, yang meliputi kawasan-kawasan pesisir pantai daerah-daerah Yunlin, Chiayi, dan Tainan, dikenali untuk tebing pasirnya, paya bakau, delta sungai, dan tanah paya, yang merupakan tempat tinggal kepada sejumlah besar spesis-spesis burung endemik dan menyediakan satu tempat rehat untuk banyak burung penghijrah semasa musim sejuk. Selain daripada nilai ekologinya, kawasan pemandangan indah yang baru ini juga mempunyai lain-lain tarikan yang banyak, seperti pengeluaran garam secara tradisional dari air laut, industri perikanan tempatan, tokong-tokong lama dan lain-lain tapak bersejarah yang menjadikan sesuatu lawatan itu amat berbaloi.

Laman Web