Keramaian Tahun Baru Cina

Ia merupakan keramaian yang paling penting diraikan setiap tahun. Inilah masanya keluarga yang jauh berkumpul di musim cuti yang panjang dan menikmati pesta jamuan di kampung dan bandar. Temanya ialah “menyapu keluar yang lama untuk membawa yang baru,” di mana seluruh rumah-rumah dibersihkan dan dihiasi barangan simbolik untuk menarik tuah dan untung pada tahun baru yang menjelang tiba.