Keelung

Pengenalan

Bandar kecil di persisiran pantai, Keelung, ialah pelabuhan perdagangan kedua terbesar di Taiwan. Pelabuhan semula jadi dengan tanjung yang dalam dan persekitaran bergunung-ganang menyajikan pemandangan yang begitu dramatik dan memukau mata. Pelabuhan yang panjang dan sempit ini sarat dengan kapal tentera laut, kapal pukat tunda, kapal kargo yang datang dari serata dunia dan kapal percutian yang ada kalanya berlabuh. Berdekatan pelabuhan ini ialah Pasar Malam Miaokou atau Mulut Kuil. Ia salah sebuah pasar malam yang tersohor di Taiwan yang berpusat di kuil lama, Kuil Dianii. Oleh sebab berhampiran laut, maka makanan laut menjadi tarikan utama. Selain  itu, makanan tempura Jepun versi Taiwan yang digemari ramai, ‘tianbula’, dihidangkan dengan sos merah yang manis atau pedas. Tentu anda perasan persamaan sebutannya.


  • Dekat dengan tempat ini ialah Kedai Pastri Lee Hu di No. 90 Ren 3rd Road. Ia merupakan kedai kek nanas yang terkemuka di Taiwan, di mana kek nanas dijadikan hadiah atau buah tangan yang paling digemari. Heping Island Park di jalan masuk pelabuhan dihubungkan oleh jambatan pendek.
  • Lokasi ini ada taman hiburan, formasi batu ganjil, kedai makan makanan laut, lorong-lorong pendek yang santai dan Aboriginal Culture Museum. Jauh di bahagian selatan persisiran ialah Bisha Fishing Port yang bersemarak dengan restoran makanan laut dan pasar ikan yang berasaskan pelancongan.
  • Dari Bisha, nikmati perjalanan bot yang berombak-ombak selama sejam di sekitar Pulau Keelung, di mana aktiviti menyeludup pernah berleluasa di sini.
  • Para pelancong juga boleh menaiki bot di depan stesen kereta api Pelabuhan Keelung. Jangan lupa meluangkan masa melawat puing-puing Ershowon Fort di atas bukit yang menghadap kota. Ia dibina oleh keraiaan Qing pada tahun 1840 dan digunakan sebagai kubu pertahanan semasa Perang Sino-Perancis pada 1884-1885.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Port Of Keelung
Heping Island Park