Jiufen dan Jinguashi

Pengenalan

Jiufen dan Jinguashi ialah bandar perlombongan lama yang telah jatuh murudum beberapa dekad dahulu. Namun sejak dua dekad yang lalu, kedua-dua bandar ini kembali maju daripada aspek kebudayaan. Dua buah bandar yang berjiran ini menghadap puncak Gunung Keelung. Jiufen terletak di cerun utara sepanjang rabung ke arah daratan. Jinguashi berada di lembah sempit di bahagian selatan gunung.

Jiufen ada banyak lorong dan tangga curam.Hanya satu jalan masuk ke bandar ini iaitu Qiche Road yang dibarisi bangunan-bangunan bata merah berangka kayu dari era perlombongan emas ‘Little Shanghai’ pada lewat 1800an hingga awal l900an. Old Jishan Street ialah lorong peialan kaki yang sempit dibarisi oleh kedai-kedai makan, galeri, kedai barangan kemas dan gerai cenderamata. Jalan Shuqi menurun ke bawah dari lokasi ini yang merupakan tangga batu curam. Ia dibarisi rumah-rumah teh yang kebanyakannya dibuka 24 iam.

Tempat makan berbumbung disediakan, menghadap pemandangan persisiran pantai yang saujana mata memandang pada waktu siang dan malam. Teater lama yang masih gah berdiri, Jiufen Shengping Theater merupakan sinema pertama di utara Taiwan. Ia telah dibaik pulih dan menambat hati para penguniung ke zaman kegemilangan Jiufen.


  • Tarikan utama Jinguashi ialah Gold Ecologicol Park yang memaparkan lembah berseiarah, sarat dengan peninggalan aktiviti perlombongan. Ia bermula dari Tourist Information Center dengan penerangan dalam bahasa Inggeris.
  • Antara tarikan-tarikan yang menarik ialah ketulan emas yang terbesar di dunia, kaedah menapis emas, Museum of Gold, melawat terowong bersama pemandu pelancong dan melihat rumah penginapan yang dibina untuk Maharaia Jepun Hirohito yang tidak pernah datang ke sini. Kerajaan Jepun pernah mentadbir kem perlombongan POW yang teruk di sini iaitu Kinkaseki.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Jiufen