Jiufen

Pengenalan

Pernah suatu ketika dahulu, hanya 9 buah keluarga sahaja yang mendiami kawasan ini. Telah menjadi kebiasaan, mereka membeli 9 keping barangan yang sama ketika tempahan. Oleh kerana itu, tempat ini dikenali sebagai Jiufen (9 kepingan).

Jiufen merupakan pekan kecil yang terletak di atas bukit yang mempunyai pemandangan Taiwan yang indah menghadap laut dengan persekitaran gunung-ganang dan terkenal dengan pemandangan matahari terbenam.


  • Semasa zaman Dinasti Qing, pekan terpencil ini ditemui ketika penemuan emas semasa penjajahan Jepun pada 1893. Jiufen merupakan pusat bijih emas yang berlokasi di kawasan bukit utara Taiwan.
  • Kebanyakan bangunan di Jiufen masih mengekalkan reka bentuk bangunan asal hingga ke hari ini serta berkedudukan rapat membentuk lorong-lorong kecil yang boleh dilalui untuk ke jalan utama.
  • Paling mendapat tumpuan para pelancong disini ialah Jiufen Old Street, sebuah sistem lorong kecil dimana kedai di sepanjang lorong menjual barangan cenderamata, snek tempatan popular seperti Taro Ball, Ah Zhu Peanut Ice Cream dan banyak lagi.
  • Lawatan anda tidak lengkap sekiranya anda tidak singgah di Jinguashi Gold Mining Town yang terletak hanya 10 minit menaiki kenderaan daripada pecan Jiufen diikuti oleh Golden Waterfall yang berada di tepi jalan utama.
  • Malah, lokasi pemandangan terkenal di sini, Yin Yang Sea turut boleh dilihat berhampiran komuniti Changren. Kelihatan warna air lautnya seolah-olah terbahagi dua.

Galleri

Pengangkutan

Pengangkutan Awam:
Stesen keretapi Ruifang (Bas No 788) – Jiufen (30minit)

Bayaran pengangkutan:

Bas NT$15.00

Teksi NT$180