Gondola, Zoo dan Ladang-ladang Teh di Muzha

Pengenalan

Daerah Muzha yang berbukit di bahagian selatan Taipei merupakan destinasi pelancongan yang terkemuka pada waktu siang dan malam. Zoo Taipei memiliki habitat-habitat bertaraf antarabangsa untuk haiwan-haiwannya dan yang paling popular sudah semestinya beruang panda. Satu lagi tarikan luar biasa ialah Kawasan Haiwan Formosa yang menempatkan 20 spesies endemik yang anda tidak dapat lihat di zoo lain.


  • Dari zoo, Gondola Maokong membawa para pelawat setiap hari ke lokasi berbukit yang menghijau.
  • Kebanyakan gondola dilengkapi lantai telus cahaya, jadi para pelawat pasti terpana menyaksikan pemandangan indah yang memukau pandangan.
  • Hentian terakhir berdekatan dengan Ladang Pelancongan Teh Maokong tapi jangan lupa singgah di kompleks Kuil Zhinan yang ceria berwarna-warni. Ditubuhkan pada  1891, ia merupakan tapak warisan dan salah sebuah tempat ibadat utama di Taipei.
  • Ladang-ladang teh yang membarisi cerun-cerun curam di kawasan lembah sempit telah ditanam sejak zaman diraja lagi. Dua variasi teh Oolong yang dihasilkan ialah Dewi Besi dan Baozhong.
  • Kebanyakan ladang memiliki rumah-rumah teh yang menawan dengan menempatkan meja-meja di luar.
  • Para pelawat boleh menjamu selera di rumah teh dan restoran, di mana masakan ayam tempatan yang lazat dihidangkan.
  • Terdapat juga laluan pelancongan yang menambah pengetahuan di daerah ini. Kunjungi Teo Promotion Center yang mempamerkan sejarah dan demonstrasi memproses teh dan seni menghidangkan air teh.
  • Rumah-rumah teh dibuka 24 jam, it menarik ramai orang ke sini pada waktu malam.
  • Pilihlah rumah teh di cerun yang lebih tinggi untuk menikmati suasana bercahaya dan berkelipan dari bandar Taipei dan menara Taipei 101.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Taipei Zoo
Maokong Gondola
Maokong Tea Garden