Festival Tung Blossom Hakka

Pada April / Mei, para pencinta bunga menuju ke kawasan berbukit untuk menikmati salji Mei. Dahulu, orang-orang Jepun menanam pokok-pokok bunga Tung Blossom untuk tujuan komersil. Kini Tung Blossom tumbuh melata dan berkembang lebat. Bunga-bunga cantik yang harum berguguran bagaikan salji. Festival ini disambut di Daerah Miaoli, di mana pelbagai aktiviti dijalankan mengikut budaya Hakka. Terdapat juga beratus upacara di kebanyakan tempat di Taiwan.