Festival Tanglung Langit Pingxi

Festival ini disambut semasa berlangsungnya Pesta Tanglung Taiwan di lembah timur Taipei. Beribu-ribu orang melepaskan ‘tanglung langit’ kertas yang cantik dan belon udara panas mini buatan tangan ke arah kayangan. Setiap satu ditulis dengan permintaan untuk memohon tuah buat kedatangan tahun baru. Suasana langit malam awang-gemawang disinari ribuan tanglung yang berkelipan.