Festival Roket Sarang Lebah Yanshui

Sebuah lagi festival disambut semasa Pesta Tanglung di Bandar Yanshui di selatan Taiwan. Beribu-ribu roket kecil dilancarkan dari platform dan menggemparkan keadaan sekeliling dengan letupan tanpa henti. Roket-roket tersebut dihalakan kepada kelompok penonton yang memakai baju keselamatan dan peralatan pelindung yang tebal. Adat tradisi yang sudah sekurun lamanya diamalkan bertujuan menghalau roh-roh jahat. Malam yang gelap menjadi terang-benderang dilimpahi cahaya letusan ribuan roket.