Rumah Api Eluanbi

Pengenalan

Eluanbi dikenali sebagai “Hujung Taiwan”. Taman Eluanbi dibina pada tahun 1982 untuk menyediakan tempat yang sesuai kepada pengunjung untuk melawat kawasan paling selatan Taiwan. Selain itu, terdapat salah satu mercu tanda yang terkenal, iaitu Rumah Api Eluanbi yang juga dikenali sebagai “Cahaya Asia Timur”. Rumah api ini setinggi 21.4 meter dan merupakan rumah api paling terang di Asia. Taman ini seluas 59 hektar.


  • Taman ini terdapat pelbagai kemudahan rekreasi dan keunikan geologi, botani, dan ornitologi yang menarik.
  • Kawasan taman ini juga merupakan salah satu tapak budaya prasejarah Kenting.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Rumah Api Eluanbi

Informasi

Alamat: No. 90, Jalan Dengta, Perbandaran Hengchun, Daerah Pingtung.

Tel: +886-8-885-1111

Waktu Operasi:

● Musim Panas (Apr.- Okt.) 09:00 – 18:00

● Musim Sejuk (Nov. – Mar.) 09:00 – 17:00

※ Tutup pada hari Isnin

Laman Web: https://en.motcmpb.gov.tw/Lighthouse/Detail/f091ef1e-335d-42aa-86d1-db78a31165f5?SiteId=2&NodeId=10018

Maklumat Pengangkutan

(Maklumat pengangkutan tidak tetap. Sila semak dengan stesen pengangkutan sebelum bertolak.)

Pengangkutan

  • Lebuh Raya Nasional 3 → Keluar di Persimpangan Nanzhou → Lebuh Raya Daerah 187B → Lebuh Raya Wilayah 1 → Lebuh Raya Wilayah 26 → Hengchun → Kenting → Taman Eluanbi.

Pengangkutan Awam

  • Naik kapal terbang ke Kaohsiung atau naik Kereta Api Taiwan (TRA) ke Kaoshiung atau Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan (THSR) ke Stesen Zuoying, kemudian naik Bas Kenting (No. 9188 yang menuju ke Eluanbi) dan turun di Stesen Eluanbi.
  • Naik Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan (THSR) ke Stesen Zuoying,kemudian naik Laluan Laju Kenting (No. 9189 yang menuju ke Kenting) ke Stesen Nanbaoli, lalu naik Bas Ulang-alik Kenting (Laluan Oren yang menuju ke Eluanbi) untuk ke Stesen Eluanbi.