Muzium Garam Taiwan

Pengenalan

Piramid berkilau yang terletak di Gunung Garam ialah muzium bertema “garam” pertama di Taiwan, yakni Muzium Garam Taiwan. Terdapat diorama ladang garam yang mirip benar, koleksi buku dan peninggalan budaya yang paling lengkap berkaitan dengan industri garam di Taiwan di dalam muzium ini.
Di samping itu, bahagian “Garam Dunia” memaparkan semua produk garam yang penting dalam kehidupan seharian kami.


  • Sekiranya anda penat dalam perjalanan, cubalah “kopi garam” khas tempatan yang mempunyai aroma yang kaya dan unik. Kopi ini tidak terlalu masin. Anda juga boleh membeli produk garam dan makanan ringan lain seperti aiskrim batang perasa garam.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Muzium Garam Taiwan

Informasi

Alamat: No.69 Kampung Yancheng, Kawasan Qigu, Bandar Tainan

Tel: +886-6-780-1775

Waktu Operasi: 09:00 – 17:30

Laman Web: https://swcoast-nsa.travel/en/attraction/details/378

Maklumat Pengangkutan

(Maklumat pengangkutan tidak tetap. Sila semak dengan stesen pengangkutan sebelum bertolak.)

Pengangkutan

  • Lebuh Raya Nasional 1 → Keluar di Persimpangan Matou → Lebuh Raya Daerah 176.

Pengangkutan Awam

  • Dari Stesen Kereta Api Tainan, naik Bas Xingnan ke perhentian Jiali, kemudian naik Bas Xingnan (menuju ke Qingkunshen) dan turun di perhentian Gunung Yan (Yanshan).
  • Naik Kereta Api Taiwan (TRA) ke Stesen Kereta Api Tainan, kemudian tukar ke Anping 99 ke Laluan Taijiang dan turun di perhentian Muzium Garam Taiwan.

Pengangkutan yang boleh digunakan

Pengangkutan Awam:

  • Naik Kereta Api Taiwan (TRA) ke Stesen Kereta Api Tainan, kemudian tukar ke Anping 99 ke Laluan Taijiang (Bas tingkat rendah perlu tempahan awal) dan turun di perhentian Muzium Garam Taiwan.