Muzium Chi Mei

Pengenalan

Muzium Chi Mei didirikan pada tahun 1990. Muzium ini terbuka kepada umum dan mempunyai kawasan-kawasan pameran termasuk kesenian, sejarah semula jadi, senjata bersejarah, alat muzik, benda kuno dan teknik industri. Pada masa ini, kebanyakan lukisan di muzium ini bergaya klasik dan impresionis. Muzium ini juga meminjamkan violin kepada pemuzik-pemuzik hebat.


  • Muzium ini mempunyai koleksi lukisan Eropah pada abad ke-18 dan ke-19 yang memaparkan perkembangan seni barat.
  • Pameran senjata bersejarah mempersembahkan senjata dari zaman prasejarah seperti Zaman Gangsa, Zaman Besi hingga Zaman Moden. Kedua-dua laras meriam di hadapan muzium direka dan dibina pada tahun 1689.
  • Muzium ini juga mengumbulkan violin yang bernilai termasuk 5 buah Antonio Stradivaris, 2 buah Guarneri del Gesu, Nicolo Amati dan sebagainya.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Muzium Chi Mei

Informasi

Alamat: No. 66, Seksyen 2, Jalan Wenhua, Kawasan Rende, Bandar Tainan.

Tel: +886-6-266-0808

Laman Web: https://www.twtainan.net/en/attractions/detail/4572

Maklumat Pengangkutan

(Maklumat pengangkutan tidak tetap. Sila semak dengan stesen pengangkutan sebelum bertolak.)

Pengangkutan

  • Lebuh Raya Nasional 1 → Persimpangan Rende → Lebuh Raya Wilayah 86 (barat ke Tainan) → Lebuh Raya Wilayah 1 (ke pusat bandar Tainan) → Muzium Chi Mei.

Pengangkutan Awam

  • Naik kereta api ke Stesen Bao’an, kemudian tukar ke Bas Merah 3 atau Bas Merah 4 ke perhentian Taman Metropolitan Tainan.