Jambatan Xiluo

Pengenalan

Jambatan Xiluo berwarna merah yang menyeberangi Sungai Zhuoshui merupakan lambang utama Xiluo. Pada masa dahulu, jambatan ini merupakan hab pengangkutan penting di barat Taiwan yang menyambungkan jalan raya dengan landasan kereta api.

Panjang Jambatan Xiluo ialah 1,939.03 meter dan mempunyai 31 lengkungan. Ketika siap dibina, Jambatan Xiluo merupakan jambatan terpanjang di Timur Jauh, dan jambatan kedua panjang di dunia selepas Jambatan Golden Gate di San Francisco.


  • Untuk meraikan pembinaan jambatan ini, Festival Pelancongan Budaya Jambatan Xiluo diadakan setiap tahun pada cuti musim bunga.
  • Pelbagai aktiviti akan dijalankan di dalam festival ini termasuklah minum kopi sambil menikmati pemandangan matahari terbenam, konsert dan pertandingan bermain layang-layang.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Jambatan Xiluo

Informasi

Alamat: Jalan Daqiao, Perbandaran Xiluo, Daerah Yunlin
Tel: +886-5-5861444 (Muzium Budaya Xiluo)

Maklumat Pengangkutan

(Maklumat pengangkutan tidak tetap. Sila semak dengan stesen pengangkutan sebelum bertolak.)

Pengangkutan

  • Lebuh Raya Nasional 1 → Keluar di Persimpangan Xiluo → Jalan Zhongshan → Jalan Datong → Jalan Daqiao → Jalan Jianxing → Jambatan Xiluo.

Pengangkutan Awam

  • Stesen Kereta Api Taiwan (TRA) Douliu → tukar ke Bas Solar (menuju ke Liuqing) ke perhentian Bank Perdagangan Pertama.