Daerah Komersil Zhongxiao-Dunhua dan Wufenpu

Pengenalan

Daerah Timur Taipei merupakan pusat utama bagi syarikat kewangan besar, perusahaan antarabangsa, pusat membeli-belah dan gedung serbaneka yang berjenama. Sebelum Daerah Xinyi berkembang pesat dua dekad yang lalu, syurgawi membeli-belah bertempat di daerah komersil antara persimpangan Jalan Zhongxiao dan Jalan Dunhua. la berterusan di atas laluan MRT yang menjadi tumpuan orang ramai. Hab utama ialah Pacific SOGO Department Store yang putih bersinar dikelilingi pusat membeli-belah, restoran dan butik. Di sepaniang selatan Dunhua ialah Bulatan Trafik Renai, hab untuk butik-butik pereka antarabangsa yang mengujakan serta Kedai Buku Eslite yang dibuka 24 jam.


  • Menuju ke arah timur dari pusat membeli-belah mewah ke jualan borong ranggi, mari lawati Wufenpu Garment Wholesale Area berhampiran Songshan Railway Station.
  • Di tempat padat ini, ada lebih seribu kedai menjual pakaian dan aksesori fesyen terkini Taiwan serta yang diimport dari Hong Kong, Jepun, Korea Selatan dan negara-negara lain.
  • Kedai-kedai menjual secara borong atau untuk pembelian peribadi. Baju, seluar, skirt, tali pinggang, kasut, beg, beg tangan – kelengkapan daripada kepala hingga ke kaki, segala barangan impian anda terdapat di sini.
  • Untuk barangan murah, harganya serendah NT$50-100.
  • Bagi produk berjenama mahal, harganya biasa dari NT$800-1000.
  • Penduduk tempatan sentiasa meninjau akan kehadiran selebriti yang ramai membeli-belah di sini mencari khazanah fesyen terbaru.

Galleri