Daerah Komersil Gongguan dan Wilayah Wen Luo Ting

Pengenalan

Gangguan ialah daerah penuntut di selatan Jalan Roosevelt berdekatan persimpangan Jalan Selatan Xinsheng.


  • Kawasan ini berselirat dengan jalan dan lorong sempit dibarisi kedai makan,  kopitiam, gerai dan restoran hidangan internasional serta kedai pakaian dan muzik bagi memenuhi keperluan para penuntut yang menuntut di pusat pengaiian tinggi paling berprestij di Taiwan, National Taiwan University dan institut pengaiian lain.
  • Kesemua kedai di sini menarik perhatian pelaiar universiti yang hidup dengan bajet terhad; meniual seluar jeans, baju-T, jam, aksesori, CD dan buku-buku pada harga murah. Para pelaiar boleh meluangkan masa berjam-jam meneliti variasi produk sebelum membuat keputusan membeli
  • Satu lagi tempat yang popular di Gongguan ialah Taipei Water Park.
  • Jika tidak berminat bermain air, anda boleh pilih tarikan utama lain iaitu tapak warisan Museum of Drinking Water atau Muzium Minum Air.
  • Kawasan kejiranan berhampiran Wen Luo Ting, mendapat nama dari jalan-jalan utama yang bersempadan dengannya ‘Wen’ dari Jalan Wenzhou, ‘Luo’ dari suku kata pertama perkataan Mandarin untuk Jalan Roosevelt dan ‘Ding’ dari Jalan Tingzhou.
  • Wen Luo Ting merupakan kawasan perumahan berkelas tinggi. Di aras bawah bangunan-bangunan kediaman pencakar langit yang mewah ini terdapat kedai makan, kafe, rumah teh Internet, kedai buku, butik pakaian dan dekorasi yang memenuhi segala keperluan penduduk di sini.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Taman Air Taipei