Chiang Kai-shek Memorial Hall

Pengenalan

Tempat yang penuh bersejarah bagi memperingati Presiden Chiang Kai-shek terletak di lokasi yang strategik di bandar Taipei. Dengan kawasan berukuran 250,000 meter persegi dengan seni bina di inspirasikan daripada bangunan Tiantan di Beijing, menjadikannya antara tempat tumpuan pelancong utama.


  • Disini tersedia tempat untuk persembahan seni antarabangsa dan muzium sejarah perjalanan Chiang Kai-shek Memorial Hall.
  • Sesuatu yang menarik disini adalah adat istiadat pertukaran pengawal yang dilakukan setiap jam dari pukul 9 pagi hingga 5 petang di 4F Bronze Statue Hall.
  • Struktur 4 bahagiannya seakan sama dengan pyramid di Mesir. Material diperbuat daripada batu marmar putih manakala bumbung dihiasi dengan kaca berwarna biru gelap yang merupakan sebahagian daripada pantulan daripada kebiruan langit dan cahaya matahari.
  • Bangunan yang penuh bersejarah ini menjadi mercu tanda di bandar Taipei.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Chiang Kai-shek Memorial Hall

Pengangkutan

Pengangkutan Awam:
Stesen utama Taipei (Aliran Tamsui-Xinyi) – Stesen Chiang Kai-shek Memorial Hall (Exit no 5)

Informasi

No.21 Zhongshan S.Rd., Zhongzheng District, Taipei City
Masa berniaga: 9.00 pagi – 6.00 petang (Taman dibuka 24 jam)