Aktiviti Luar di Yangmingshan/Beitou

Pengenalan

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penduduk Taiwan semakin minat berbasikal. Sistem lorong yang bersambung-sambung telah dibangunkan di sekitar Taipei. Laluan basikal di sepaniang tebing sungai Jingmei, Xindian, Tamsui dan Keelung hampir mengelilingi seluruh Kota Taipei. Para penunggang boleh melalui lorong untuk meronda-ronda di taman alam semula jadi dan kawasan paya bakau di sepanjang tebing pelabuhan Tamsui.


  • Selepas menaiki feri untuk perjalanan singkat, mereka dapat berbasikal di tebing sebelah kiri pula.
  • Kios-kios basikal sewa terdapat di sepanjang laluan. Basikal-basikal sentiasa diselanggara baik dan disewakan dengan kadar murah.
  • Penunggang dibenarkan berbasikal di jalan raya MRT tapi ada sekatan yang perlu dipatuhi.
  • Selepas puas bersenam dengan berbasikal, anda boleh bersantai di kolam air panas.
  • Farmasi muka bumi Yangmingshan terbentuk daripada gunung berapi yang sudah pupus, sumber mata air panas dan lubang udara panas yang banyak terdapat di sini.
  • Ada pelbagai pusat peranginan kolam air panas persendirian dan fasiliti awam, di mana lebih padat di sekitar Beitou, yang terletak di kaki cerun barat Yangmingshan.
  • Disini juga terdapat variasi pilihan rumah penginapan yang berkonsepkan warisan Jepun atau hotel-hotel bertaraf antarabangsa yang dilengkapi fasiliti spa.
  • Luangkan masa untuk melawat Beitou Hot Spring Museum, yang berada dalam rumah mandi awam Jepun.
  • Beitou cukup dikenali sebagai kawasan kolam air panas yang tersohor di Taiwan.
  • Daerah ini telah dibangunkan oleh kerajaan Jepun semasa dijajah pada tahun 1895-1945.
  • Beitou Hot Spring Museum dibuka pada awal kurun ke 20; serta Taiwan Folk Arts Museum di dalam bangunan warisan Jepun yang diperbuat daripada kayu.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Yangmingshan
Beitou