Daerah Taitung
Daerah Taitung terletak di delta Sungai Beinan, di hujung selatan Lembah Rekahan.
Dari kawasan pesisir pantai hingga ke puncak pergunungan, Taitung menyambut pengunjung dengan kekayaan ekologi dan keindahan alam semula jadi yang mempesonakan. Daerah ini juga terkenal dengan pelbagai hasil tempatan yang istimewa, termasuk beras premium, bunga daylily, bunga raya (hibiscus), epal kastard (sugar apple), serta ikan layaran, ikan bonito (skipjack tuna), dan pelbagai makanan laut istimewa yang lain.
Kepelbagaian etnik telah memperkayakan Taitung dengan budaya yang unik, pelbagai perayaan tradisional, serta warisan lisan dan kisah mitos yang hidup, memberikan pengalaman budaya yang begitu bermakna kepada para pengunjung.
Taitung juga merupakan destinasi yang ideal untuk penggemar berbasikal. Laluan Basikal Guanshan, laluan basikal tertua di Taiwan, terletak di sini. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pengalaman berbasikal di Perkampungan Longtian (Perbandaran Luye), Chishang, Bandar Taitung, serta kawasan pesisir pantai, sambil dikelilingi pemandangan indah yang seakan-akan keluar dari dunia dongeng.
Keindahan alam semula jadi inilah yang menjadikan Taitung digelar sebagai “Taman Taiwan”. Selaras dengan gelaran tersebut, Taitung sememangnya sebuah syurga yang ideal untuk percutian yang sihat, santai, dan mendamaikan, dikelilingi keindahan alam semula jadi.










