Perkahwinan di Bawah Pohon Dewa di Alishan

Pentadbiran Kawasan Pemandangan Nasional Alishan, Biro Pelancongan Taiwan mengalu-alukan pengantin baru untuk mengikrarkan sumpah cinta abadi di bawah Pohon Dewa. Pasangan-pasangan boleh menikmati pemandangan indah Pohon Dewa, matahari terbit, lautan awan, landasan kereta api, air terjun dan taman teh sambil mengalami pelancongan yang romantik. Mereka juga berpeluang membancuh teh, merasai masakan orang asli dan mengalami perkahwinan gaya kaum Tsou.

01_Provided by Innity

02.madeinalbee928

Photo credit: madeinalbee928

Mengambil Gambar Praperkahwinan Gaya Jepun: Merasai Gaya Timur

Terdapat beberapa buah bangunan Era Jepun terpelihara dengan baik di Kota Taichung, seperti Dewan Seni Mempertahankan Diri Taichung yang sesuai untuk mengambil gambar-gambar praperkahwinan dengan pemandangan gaya Jepun. Daripada gaun putih dan kot, pakailah kimono untuk pengalaman yang istimewa.

Dermaga 2: Keseronokan & Energik di Persekitaran Dongeng

Dermaga 2 merupakan destinasi sempurna untuk pengambilan gambar sebelum perkahwinan kerana penuh dengan suasana artistik dan kreatif. Bergayalah dengan santai, jangan lupa membawa topi koboi dan berseronok ketika sesi fotografi. Pada waktu malam, ambil gambar praperkahwinan bersama pasangan anda di kuda karusel dengan cahaya semula jadi yang indah di Gudang Pelabuhan Kaohsiung No. 2.

03. everlasting707

Photo credit: everlasting707

04. wedmr8

Photo credit: wedmr8

Kenting: Mengabadikan Matahari Terbenam

Nikmatilah sesi fotografi yang menyeronokkan di Taman Negara Kenting dan Taman Longpan. Pemandangan laut yang indah dan perkasa berserta kapal layar dan kapal persiaran di laut akan menambahkan keistimewaan gambar anda. Tasik Houbi ialah lokasi yang ideal untuk mengambil gambar pada waktu senja. Pakai kain kasa akan memberikan kesan dinamik pada gambar perkahwinan anda.

Longtian: Menikmati Saat yang Santai

Para pasangan dapat mengambil gambar perkahwinan yang dicemburui di seluruh Taitung jika cuaca baik. Longtian dikenali sebagai kampung rama-rama terindah di Taiwan yang mempunyai laluan berbasikal terbaik. Foto-foto yang mengabadikan saat pasangan berbasikal di Terowong Hijau Wuling akan dipenuhi dengan warna hijau semula jadi. Anda juga boleh menikmati minuman di Mini Coffee.

05. yiling_cc

Photo credit: yiling_cc

06. claire.wedding.dress_resize

Photo credit: claire.wedding.dress

Mengabadikan Romantik di Hualien

Hualien terletak di tengah-tengah pergunungan dan lautan. Hualien merupakan salah satu tempat terindah di Taiwan. Matahari terbenam dan pemandangan laut di Qixingtan ialah latar belakang yang sempurna untuk pengambilan gambar praperkahwinan yang menakjubkan. Anda juga boleh memenuhi impian sendiri dengan mengambil gambar yang diilhamkan oleh peri di hutan hitam yang berdekatan. Namun, ingatlah untuk melindungi diri daripada gigitan nyamuk.

Taman Botani Ren Shan: Gabungan Estetika Cina dan Eropah

Taman Botani dihiasi dengan pelbagai bunga dan dek kayu. Kawasan yang besar ini memiliki pemandangan yang menyenangkan selain merangkumi pelbagai bangunan gaya Cina dan Eropah. Para bakal pengantin boleh mengambil gambar yang indah di sini tanpa sebarang bayaran. Namun, anda perlu mendapatkan keizinan daripada Pejabat Pengurusan Arboretum dan Lanskap Daerah Yilan.

07. duckeybabe

Photo credit: duckeybabe

08. shushu_gaea

Photo credit: shushu_gaea

Keindahan Lautan Awan: Gunung Hehuan

Selain Perladangan Qingjing, Gunung Hehuan juga lokasi yang luar biasa untuk mengambil gambar praperkahwinan di Nantou. Walaupun cuaca sejuk, langkah melindungi diri daripada sinaran matahairi juga perlu diambil. Para bakal pengantin mungkin berpeluang mengambil gambar bersama lautan awan jika bertuah (berkebarangkalian tinggi pada musim luruh & musim sejuk).

Jiufen: Foto Perkahwinan Gaya Jalanan yang Khas

Lebuh raya Ruishuang yang berdekatan Pavilion Buyan di Jiufen merupakan lokasi kegemaran untuk banyak penggambaran iklan dan fotografi perkahwinan. Dengan memakai gaun dan jaket kulit yang menonjolkan keperibadian, anda boleh mengambil gambar perkahwinan jalanan yang luar biasa. Muzium Goldore Jiufen sesuai untuk pengantin baru yang suka gaya berupa syurgawi.

09. foolish_lin

Photo credit: foolish_lin

10. provide by innity

Dadaocheng: Balik ke Masa Lampau

Dadaocheng mempunyai suasana zaman kuno untuk fotografi perkahwinan yang bergaya klasik. Sama ada di hadapan bangunan Barok, Stesen Dadaocheng atau di tepi sungai, gambar-gambar perkahwinan yang diambil seolah-olahnya menceritakan sesuatu. Di samping mengambil gambar perkahwinan, kunjungilah Kuil Dewa Xia Hai untuk mendoakan berkat untuk perkahwinan yang bahagia.

06. claire.wedding.dress