Bandar Taoyuan
Bandar Taoyuan yang berbentuk memanjang merupakan sebuah dataran tinggi yang terletak di bahagian barat laut Pulau Utama Taiwan, bersempadan dengan Bandar New Taipei dan Daerah Yilan.
Kepelbagaian budaya Bandar Taoyuan diserlahkan lagi dengan kekayaan tarikan alam semula jadinya, sehingga menjadikannya dikenali sebagai “Kerajaan Bunga” dan “Negeri Seribu Kolam.” Kawasan-kawasan menarik di sepanjang Lebuhraya Rentas Pulau Utara (Northern Cross-Island Highway) serta Taman Budaya Chiang Kai-Shek dan Chiang Ching-Kuo yang bersejarah hanyalah sebahagian daripada pelbagai tarikan yang menjadikan Taoyuan destinasi yang wajar dikunjungi.
Sejak dua tahun yang lalu, Taman Budaya Chiang Kai-Shek dan Chiang Ching-Kuo telah menarik lebih daripada tiga juta pengunjung setiap tahun. Taman ini merupakan contoh kejayaan usaha Kerajaan Bandar Taoyuan dalam mewujudkan nilai pelancongan, mempromosikan perkhidmatan pelawat yang inovatif dan berkualiti tinggi bersama rakan sektor swasta, serta membangunkan tarikan tempatan yang unik bagi menampilkan “Pengalaman Taiwan”.
Bandar Taoyuan turut membangunkan pelbagai tarikan unik yang lain, termasuk budaya Hakka, perkampungan tentera, kawasan desa, laluan kembara, laluan berbasikal serta industri tempatan, dengan harapan dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk menerokai kisah dan keunikan Taoyuan.










